Friday, 3 February 2012

Takaful IKHLAS Dilantik Pengendali Takaful Utama Buat Pegawai-Pegawai Kerajaan Pahang

Kuantan, 7 Januari 2012 – Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful IKHLAS) hari ini dilantik dan diberi kepercayaan penuh oleh pihak Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Pahang (KPKP) untuk menjadi pengendali Takaful utama yang membekalkan perkhidmatan Takaful kepada seluruh pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pahang.

Perkara ini dimeterai dalam satu Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Takaful IKHLAS dengan Koperasi Pegawai-Pegawai Kerajaan Pahang (KPKP) yang berlangsung di sini. Menerusi perjanjian tersebut, Takaful IKHLAS dan KPKP akan bekerjasama memasarkan pelan Takaful IKHLAS Flexi EB kepada pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Pahang.


Ujar beliau lagi, “Kami berharap jalinan kerjasama pada hari ini akan memberi peluang kepada Takaful IKHLAS untuk  menawarkan perkhidmatan Takaful kepada lebih ramai penduduk di negeri Pahang selain turut membantu merealisasikan hasrat kami untuk melihat industri Takaful berkembang luas di Malaysia”.

Tambah Dato’ Syed Moheeb, “Melalui perjanjian kerjasama ini, Takaful IKHLAS menyasarkan untuk memperoleh sumbangan sebanyak RM1.8 juta bagi tahun kewangan 2012/2013. Perjanjian persefahaman ini menjadi titik permulaan yang baik dalam melangkah ke tahun baru 2012 dan diharapkan kerjasama ini akan terjalin dengan baik dan harmoni”.

Sebagai salah satu strategi pemasaran pelan Takaful ini, Takaful IKHLAS akan turut menyertai program-program kemasyarakatan dan kebajikan yang dianjurkan oleh KPKP di seluruh negeri Pahang. Pada masa yang sama, ia juga seiring dengan keperihatinan Takaful IKHLAS dalam memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya.

Menurut Pengerusi KPKP, Dato’ Haji Ahmad Salhi Bin Abdul Latif, “Kami sangat berharap agar perjanjian persefahaman ini dapat dijadikan sebagai pemangkin untuk menambah keanggotaan baru KPKP menerusi jalinan kerjasama yang bersifat menang-menang”.

Beliau turut menambah, “Titik mula kerjasama dengan Takaful IKHLAS ini merupakan sesuatu yang amat kami hargai dan semoga jalinan ini diteruskan dan diperkembangkan untuk masa-masa akan datang”.

No comments:

Post a Comment